Pages

Monday 5 August 2013

Remaja

remaja: mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin (Kamus Dewan bahasa ed. ke-4)



Perkembangan kita meluas masa dalam lingkungan ini, mungkin sesetengah daripada kita dah mula berfikiran matang. Ataupun, sesetengah lagi tak, yang tau nak berseronok macam budak². Banyak benda yang kita peroleh dalam masa remaja, kekadang tersilap langkah boleh menyesal.

Apa yang selalu kita rugi dalam masa remaja adalah dengan tidak meluangkan masa dgan benda yang berfaedah, banyak masa dibazirkan dengan melepak dan merempit. Tak kisah la lelaki ke perempuan...
Selalu kita boleh nampak dekat shopping mall, ramai yang melepak dekat situ, kalau boleh depan entrance dah penuh. Bukannya nak beli belah, selalunya yang tau tengok movie, karok, skating... tu je la yang tau. Katanya boleh release stress kan? Merempit memang budaya lelaki, siap nak show-off, buat wheelie pulak tu kang mati katak baru tau. Apa la yang seronok sangat? Jadi ulat buku lagi bagus, bukan nak kata suruh jadi nerd, asalkan dalam hati tu ada nilai cintakan buku okay gak :P 

Lepas tu bila exam, dapat markah rendah, mula la nak kata "bodoh nya aku", "macam mana nak gitau result ni dekat mak ayah", elok pulak nak rasa malu, kasi belajar taknak. Bila ada banyak masa, tau nak ber-joli, bukan nak study.
Kalau yang lepasan SPM, nak buat part-time. Pastu duit tu guna bak beli iPhone la, S4 la, kalau boleh gadget yang mahal². Pantang tau benda latest nak beli je. Dah elok seronok kerja sebab dapat pegang duit, terniat pulak dalam hati taknak continue future study... pulak dah.

Bukan selalu kita nak pikir pasal ni, tunggu dah tua, nak beralaskan tikar mengkuang dekat ruma, time tu jealous tengok kengkawan dah berjaya baru nak menyesal?
Memang susah nak berusaha sehingga kita yang dapat pegang kejayan tu sendiri, takkan la rezeki datang berguling depan mata kita? Sebab tu la, setiap langkah yang sekarang kita lakukan ni mendorong kita nak menentukan sama ada kita berjaya atau tidak.
Selalunya usia seperti kita, banyak yang melencong ke arah lain sebab dengan masalah sendiri ataupun keluarga. Manfaatkan masa yang kita ada sekarang.

Terutamanya kepada lelaki, jangan la asyik nak seronok keluar memalam dengan kawan. Kita perempuan pun sama, cinta jangan sampai over, sanggup kasi je apa dekat lelaki. Biar kita berjaya dulu, baru cari jodoh (cewahh, macam aku tak bercinta lak kan? hehe)
Ingat, kesian mak ayah korbankan macam² dekat kita, penat ibu usung kita masa dalam perut ibu ke sana sini, yang ayah susah payah cari rezeki. Takkan kita nak balas jasa dengan kehampaan di muka dorang lak. Kedua orang tua kita nak kita berjaya, bukan nak kita jadi tak elok. Tapi kita yang tak reti hargai jasa.

"Jika dibandingkan pelajar dahulu dan sekarang, keselesaan pelajar² dahulu memang lebih teruk dan daif, tetapi mereka berjaya dalam pencapaian akademik mereka. Kejayaan seseorang dalam serba kekurangan itu akan lebih bermakna jika berbnding dengan sesuatu pencapaiaan yang didapati dalam suasana mewah dan mudah."

Assalamualaikum w.b.t :)



Tuesday 21 May 2013

UiTM Arau, Perlis?

Assalamualaikum :) berhabuk blog aku ni haa, lama tak meng-update.

Alhamdulillah dapat tawaran ke UiTM kampus arau. Tu je nak bgitau?


Sebelum ni memang aku kalut sungguh buat permohonan ke University Teknologi Petronas (UTP), Managment Science University (MSU), Multimedia University (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UniTen). Alhamdullilah dengan rezeki Allah memang semua yang aku mohon dapat :) Semua aku apply mintak IT je.

Tapi, semua yang aku mohon tu sebenarnya preparation kalau tak dapat UPU. Memang sedih. Tapi mak ayah nak sangat aku tunggu result UPU. Bagi aku rasa terseksa sangat menunggu result UPU. Bila dapat tahu yang keputusan permohonan aku berjaya, mak aku terus kalut dari tengah masak ke bilik aku. Mak pulak call ayah, bgitau yang anak perempuan dia ni dapat UiTM Arau, terus ayah sebut "alhamdulillah". Melaui situasi ini (cewahhh) aku tahu yang aku mmg direstui untuk belajar ke sana. Aku lah penyambung jenerasi ayah aku belajar UiTM -.- tah pape.

Yang aku takut, aku tak ambik add math, pastu dapat lak sains kom. Ya Allah, biarlah ilmu semua senang masuk. Janganlah ada lak subject apa2 yang berkait dengan physic ke biology. Ceq memang tak belajar semua tu, saya pelajar lepas SMV Balik Pulau dalam aliran pengaturcaraan komputer.

So, bila dah nak merantau negeri orang lain. I always research about the environment, how the buildings look alike, etc. Tambah pulak dapat penginapan asrama... bilik/dorm macam mana? satu bilik berapa orang? tandas okay ke tak? tandas dalam bilik ke kat luar? WiFi 24jam kan so, strength tak connection? WiFi mmg penting bagi aku la kan, aku taknak ketinggalan dunia luar sana. Nak gak check YouTube, Twitter, Tumblr, Instagram, Blog, Facebook ahaks, gedik -.-
Memang mengada betul aku -.- Tapi takkan aku sorang je macam ni? Mesti ada gak yang lain kan kan?

A'ah penah tak black out? hehe

Cauuu :)


Thursday 14 March 2013

Are you ready batch 95?

Assalamualaikum,
Well this is the first post in 2013. Nahh, kinda lazy to update my blog since I'm busy studying last year.



As you know SPM result set to be release on March 21 and good luck to batch 1995.


Jangan putus berdoa kepada Allah untuk mendapat keputusan yang bagus. Asalkan memuaskan hati kedua ibu bapa kita :)

Honestly I am very confident with my target and because of it I'm hoping the result will be release early than the actual date. But, everything was change since yesterday. I started to think what is my first reaction when I'm holding my SPM result. Am I gonna scream out loud because of happiest or disappointed with myself?
I never gonna get straight 8 A's... duh unbelievable -.- but InshaAllah 3 - 5 A's. Amin :)

And the hardest things to do is, looking for university/ college. Am I the only one who doesn't wanna study 'far far away' from the city? I try to apply a university with a good facilities and environment and maybe not too social? But most of all, IT or programming is the first course imma apply for. Actually I am student from Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau dalam bidang pengaturcaraan komputer sebab tu lah nak sambung dalam course IT atau yang berkait denganya. Heee :D

E'eh macam tak ada kena mengena langsung dengan title dekat atas kan kan? But anyway good luck :) Semoga dapat keputusan SPM yang baik/ bagus/ cemerlang :)
Jangan kecewa kalau tak dapat keputusan SPM seperti yang kita yakinkan. Mungkin ada hikmah disebalik itu.