Pages

Tuesday 21 May 2013

UiTM Arau, Perlis?

Assalamualaikum :) berhabuk blog aku ni haa, lama tak meng-update.

Alhamdulillah dapat tawaran ke UiTM kampus arau. Tu je nak bgitau?


Sebelum ni memang aku kalut sungguh buat permohonan ke University Teknologi Petronas (UTP), Managment Science University (MSU), Multimedia University (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UniTen). Alhamdullilah dengan rezeki Allah memang semua yang aku mohon dapat :) Semua aku apply mintak IT je.

Tapi, semua yang aku mohon tu sebenarnya preparation kalau tak dapat UPU. Memang sedih. Tapi mak ayah nak sangat aku tunggu result UPU. Bagi aku rasa terseksa sangat menunggu result UPU. Bila dapat tahu yang keputusan permohonan aku berjaya, mak aku terus kalut dari tengah masak ke bilik aku. Mak pulak call ayah, bgitau yang anak perempuan dia ni dapat UiTM Arau, terus ayah sebut "alhamdulillah". Melaui situasi ini (cewahhh) aku tahu yang aku mmg direstui untuk belajar ke sana. Aku lah penyambung jenerasi ayah aku belajar UiTM -.- tah pape.

Yang aku takut, aku tak ambik add math, pastu dapat lak sains kom. Ya Allah, biarlah ilmu semua senang masuk. Janganlah ada lak subject apa2 yang berkait dengan physic ke biology. Ceq memang tak belajar semua tu, saya pelajar lepas SMV Balik Pulau dalam aliran pengaturcaraan komputer.

So, bila dah nak merantau negeri orang lain. I always research about the environment, how the buildings look alike, etc. Tambah pulak dapat penginapan asrama... bilik/dorm macam mana? satu bilik berapa orang? tandas okay ke tak? tandas dalam bilik ke kat luar? WiFi 24jam kan so, strength tak connection? WiFi mmg penting bagi aku la kan, aku taknak ketinggalan dunia luar sana. Nak gak check YouTube, Twitter, Tumblr, Instagram, Blog, Facebook ahaks, gedik -.-
Memang mengada betul aku -.- Tapi takkan aku sorang je macam ni? Mesti ada gak yang lain kan kan?

A'ah penah tak black out? hehe

Cauuu :)